PEKANBARU – Video kekerasan yang dilakukan anak-anak terhadap temannya, dan diduga terjadi di Sumbar tidak benar. Video kekerasan anak itu terjadi di Malaysia tepatnya di sebuah Asrama Anak Yatim, Kompleks Penyayang Doktor Siti Hasmah, di Jejawi, Kangar. Peristiwa itu terjadi pada tanggal 25 Mei 2014.
Sebelumnya, brodcast BB yang diterima Redaksi riaukepri.com, kejadian itu terjadi di Sumbar. Oleh seorang seniman, Iwan Bin Landel, menjelaskan bahwa kejadian itu terjadi di Malysia. Redaksi riaukepri.com pun menelusuri media online Malaysia, dan mememang benar bahwa kejadian itu terjadi di Malaysia.
Sinarharian.com.my menurunkan berita tersebut. Ini kutipan dari sinarharian.com.my itu:
KUALA LUMPUR – Polis hari ini (6 November 2014) mengesahkan video klip aksi buli membabitkan tujuh pelajar dan seorang mangsa yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, berlaku di Asrama Anak Yatim, Kompleks Penyayang Doktor Siti Hasmah, di Jejawi, Kangar.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, kes itu merupakan kes lama yang telah dilaporkan Jun lepas dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Video ini melibatkan tujuh orang pelajar iaitu tiga pelajar tingkatan satu, dua pelajar tingkatan dua, dan dua pelajar tingkatan tiga yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajudin yang telah memukul seorang pelajar darjah lima yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Arau,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, difahamkan mangsa dipukul kerana enggan membersihkan bilik sedangkan pada hari berkenaan merupakan gilirannya untuk berbuat demikian.
Pihak polis tetap mengemukakan kertas siasatan kepada pendakwa raya sekalipun pihak penyelia pelajar telah menarik balik laporan mereka atas tujuan menyelesaikan masalah itu secara baik, katanya.
Klip video berdurasi enam minit 51 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja lain di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah, sehingga menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat.
Mengenai sebuah lagi video klip yang turut merakam aksi buli sekumpulan pelajar terhadap sembilan orang pelajar lain, Mohamad Fuzi berkata, lokasi serta nama sekolah itu sedang dikenal pasti.
“Arahan telah dikeluarkan kepada semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri untuk mengesan sekolah serta remaja yang terbabit, namun sehingga hari ini masih belum ada pihak yang tampil memberi maklumat,” katanya.
Kejadian itu direkodkan dalam sebuah klip video berdurasi empat minit 37 saat yang dimuat naik di laman sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah. – Bernama.
Lihat langsung di web: http://web10.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1082630

Sumber: riaukepri
loading...
(function(){
var D=new Date(),d=document,b='body',ce='createElement',ac='appendChild',st='style',ds='display',n='none',gi='getElementById';
var i=d[ce]('iframe');i[st][ds]=n;d[gi]("M283033ScriptRootC165025")[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln("
0 Response to "Video Kekerasan Anak-anak yang Diduga Terjadi di Sumbar, Rupanya Terjadi di Malaysia"
Post a Comment
Terima Kasih Telah Berkunjung di Pustaka Pandani
Silahkan komentar anda,
Salam
Irfan Dani, S. Pd.Gr